VOA-ISLAM.COM - Dunia tersentak, tiba-tiba Paus Benediktus XVI mengumumkan pengunduran diri daripada takhta tertinggi Katolik Rom, secara rasmi pada akhir bulan lalu (28/2/2013). Paus ke-265 ini memutuskan untuk meletakkan jawatan yang sudah dipegang sejak tahun 2005, dengan alasan uzur.
Pada usia yang mencapai 85 tahun, ia merasa sudah tidak mampu lagi menjalankan tugas yang diberikan kepadanya. Banyak pihak meragukan faktor usia sebagai alasan perletakan jawatan beliau, kerana selama ini biasanya Paus baru berhenti daripada tugasnya jika sudah meninggal dunia. Pelbagai spekulasi pun muncul sama ada daripada aspek ancaman, intimidasi, skandal, hingga pemindahan agama. Uniknya, dalam kalangan aktivis Islam beredar berita dan artikel di jejaring sosial yang menyatakan bahawa Paus mengundurkan diri kerana telah memeluk Islam di Istambul Turki, setelah membaca Injil Barnabas di sana. Berita di blog-blog pun beredar dengan tajuk yang menarik “Paus Benediktus Ke-IX Masuk Islam.” Berita yang diperkuat dengan gambar Paus sedang menunaikan solat di masjid pun beredar luas. Sehingga hari Jum’at lalu ada khatib Juma’at cuba meyakinkan jemaah mengenai keislaman Paus.